Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KPM salurkan bantuan kepada semua institusi pendidikan bawah kelolaannya

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
14 Sep 2023 04:06pm

Laporan media mengenai isu dibangkitkan sesetengah pihak berkenaan peruntukan khas bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf tandas dan penyelenggaraan institusi pendidikan kerajaan akan diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan media pada Khamis memaklumkan, walaupun peruntukan khas itu diberi khusus kepada Sekolah Kerajaan (SK), namun KPM tidak sama sekali meminggirkan kebajikan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

“Pada tahun 2023, KPM menyediakan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SBK di seluruh negara.

“Sumbangan bantuan penyelenggaraan SBK telah dibuat berdasarkan kepada Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2021 dan Tatacara Pengurusan Sumbangan Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan Tahun 2023.

“Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),” ujar kenyataan itu.

Sambung kenyataan itu lagi, KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp