KPM ucap tahniah kepada Kah Wong, terima kasih Hui Ying

NURBAYA ABDUL REZAK
12 Dec 2023 07:59pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Wong Kah Woh di atas lantikan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

"Semoga lantikan ini akan terus memacu KPM ke arah kecemerlangan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"KPM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lim Hui Ying di atas khidmat bakti dan sumbangan beliau kepada KPM.

"Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan atas lantikan sebagai Timbalan Menteri Kewangan," maklum KPM dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengalu-alukan Kah Woh ke KPM sebagai timbalannya yang baharu.

Fadhlina juga menganggap kepercayaan diberikan Perdana Menteri untuk beliau terus menerajui KPM adalah satu amanah yang cukup berat bagi mengangkat mutu pendidikan negara.

"Ini amanah yang cukup berat untuk tahun seterusnya dan iltizam telah pun kita pamerkan dengan bersungguh-sungguh demi memastikan agenda pendidikan terus diangkat," katanya.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Hui Ying yang bersama kita selama setahun ini, khususnya dalam memperkukuh pendidikan negara dan memberikan khidmat kebaktian terbaik untuk KPM," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok