Beri motivasi dan insentif yang berkesan supaya pelajar mahu menamatkan pelajaran dengan sebaiknya.
Beri motivasi dan insentif yang berkesan supaya pelajar mahu menamatkan pelajaran dengan sebaiknya.

KPM sedia tangani keciciran murid, dorong pelajar lulus SPM

16 Aug 2024 08:07pm

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengatasi isu keciciran murid dalam negara tidak pernah putus, malah diteruskan sehingga ia tuntas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengannya.

“Perubahan ini boleh dijadikan pendorong bagi pelajar sekolah menengah untuk menamatkan persekolahan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.

“Inisiatif memperluaskan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada calon dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula membuktikan komitmen kerajaan untuk menggalakkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” ujar beliau menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau memaklumkan, usaha untuk memperkenalkan kerangka Iltizam Kecekapan Pentadbiran sebagai satu mekanisme pengukuran tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan, dapat membantu meningkatkan produktiviti seluruh warga KPM.

“Agenda Reformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan KPM memerlukan komitmen jitu daripada seluruh warga pendidikan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp