Fadhlina Sidek.
Fadhlina Sidek.

KPM serah insiden pelajar cekik adik kepada polis dan siasat jika wujud unsur buli

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
10 Jul 2023 11:31am
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden pelajar sekolah yang mencekik adiknya sehingga maut kepada pihak berkuasa.

Ia termasuklah menyerahkan siasatan kepada pihak polis bagi melihat kemungkinan wujudnya unsur buli di sebalik kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan pihaknya tidak dapat menentukan kes yang berlaku berpunca daripada kesan dibuli.

“Jika betul wujudnya kes buli, kami (KPM) tidak akan berkompromi namun ia mestilah melalui proses dan aduan yang perlu dibuat kepada KPM menerusi portal aduan buli.

“KPM juga tidak akan bertolak ansur sekiranya melibatkan isu buli malah saya minta kepada semua pihak untuk mengambil perhatian bagi memastikan setiap aduan buli diambil serius,” ujarnya seperti dipetik portal tempatan selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2022 di Hotel Everly, Putrajaya.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan dan memohon kepada orang awam untuk menghormati keadaan keluarga mangsa termasuklah tidak menularkan maklumat terutamanya nama dan gambar pelajar sekolah berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok