1409946
1409946

KPM tangguh pengosongan SK Assumption sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3

Adlan Farhan Azwan
24 Jan 2022 05:02pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan pengosongan bangunan dan tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu, penangguhan pengosongan itu dibuat setelah mengambil kira sesi persekolahan yang sedang berlangsung sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada bulan Mac 2022.

Baca juga Tular isu makanan RMT, Radzi arahkan KPM jalankan siasatan

Baca juga “Siasatan mendapati gambar itu bukan makanan RMT” – Radzi

Sebelum itu, pihak syarikat tersebut sudah memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah berkenaan secepat mungkin.

“KPM akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Arahan pengosongan dibuat berikutan pemilik tapak persekolahan, Syarikat Sri Avenue Sdn Bhd yang telah menerima penawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah dari pihak ketiga.

SK Assumption merupakan sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah yang dimiliki oleh Syarikat Sri Avenue Sdn Bhd sejak tahun 2008.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dalam pada itu, KPM turut membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah lain yang berhampiran berdasarkan dua justifikasi yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, KPM telah menyenaraikan lima sekolah yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 kilometer (km) hingga 5.8 km.

Sekolah yang disenaraikan ialah SK Kuala Perai, SK Sungai Nyior, SK St Mark, SK Khir Johari, SK St Mark.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok