Selain KPM, beberapa penerbit dari negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Indonesia turut menarik diri daripada Frankfurter Buchmesse tahun ini.
Selain KPM, beberapa penerbit dari negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Indonesia turut menarik diri daripada Frankfurter Buchmesse tahun ini.

KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

17 Oct 2023 03:01pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

KPM menerusi kenyataan pada Isnin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada penganjur kepada Israel.

"Kementerian tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Keputusan yang diambil KPM adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin," kata kementerian itu.

Sebelum ini, Pengarah Frankfurter Buchmesse, Juergen Boos menerusi laman instagram rasmi Buchmesse menyatakan solidariti dengan Israel selain menyifatkan serangan balas Hamas sebagai 'melanggar hak asasi manusia'.

Susulan itu beberapa penerbit dari negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Indonesia menarik diri daripada Frankfurter Buchmesse tahun ini.

Delegasi Malaysia diketuai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, agensi di bawah KPM.

Sebelum itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengumumkan keputusan serupa atas alasan sama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok