KPM terima Ketua Setiausaha baharu

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Feb 2023 04:20pm

Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan (KPM) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Nik Nasarudin atas pelantikan tersebut.

Kata Mohd Zuki, dengan pengalaman dan kemampuan yang Nik Nasarudin miliki beliau mampu memikul tanggungjawab tersebut dengan baik.

“Dia (Nik Nasarudin) memiliki Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya (UM).

“Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 32 tahun bermula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru) yang disandang dari 1990.

“Pada 16 Disember 1996, dia dilantik ke Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD),” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Mohd Zuki, Nik Nasarudin juga berpengalaman luas dalam pelbagai bidang terutamanya melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan dan pembangunan modal insan.

Berusia 57 tahun, Nik Nasarudin sebelum ini juga pernah berkhidmat untuk Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Artikel Berkaitan:

“Dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki, saya percaya beliau (Nik Nasarudin) dapat menjalankan tugas dan amanahnya.

“Melalui lantikan ini, saya juga yakin beliau mampu menjalankan misi dan visi kementerian untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp