4
KPM terus perkasa ekosistem pendidikan negara - Radzi Jidin
KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin akan terus ikhtiarkan yang terbaik dan berusaha gigih dalam memperkasa ekosistem pendidikan negara.
Dalam hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini, katanya dalam tempoh 18 bulan berada di Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini, banyak perkara yang telah dicapai dalam usaha menambahbaik pendidikan negara.
"Amanah yang diberi akan kami junjung sehabis baik,” katanya.
Selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Isnin lalu, Radzi terus mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan serta pengurusan tertinggi KPM. - BERNAMA