
KPM tubuh jawatankuasa khas kes pelajar maut ditikam di sekolah
Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang ditikam dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyatakan suspek telah ditahan polis dan akan memberikan kerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.
"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakam ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal kerana ditikam. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
"Pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru serta seluruh warga sekolah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua,dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk siasatan kes pelajar ditikam di Selangor
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan suspek telah ditahan
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang meninggal
- Pasukan kaunselor dan guru bimbingan disediakan untuk sokongan psikososial
- Pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal selepas ditikam oleh pelajar lelaki Tingkatan Dua di Petaling Jaya