Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga 6 petang pada 30 Jun 2023.
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga 6 petang pada 30 Jun 2023.

KPM umum tarikh baharu pendaftaran peperiksaan SPM 2023 bagi calon persendirian

ROSHLAWATY MD RAIEH
20 Jun 2023 05:39pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan media pada Selasa memaklumkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian dilanjutkan hingga 6 petang pada 30 Jun 2023.

Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian itu boleh dilaksanakan secara dalam talian menerusi aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my

Setiap calon perlu mematuhi syarat pendaftaran yang telah ditetapkan dan perlu membuat bayaran asas serta bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023, calon persendirian boleh layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my

Sementara itu, dengan pemakluman rasmi dari KPM berhubung pelanjutan tarikh pendaftaran, ia secara tidak langsung membawa berita gembira kepada calon persendirian sekali gus memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir menduduki peperiksaan berkenaan.

Sebelum ini, pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian telah tamat pada 16 Jun lalu seperti yang dinyatakan dalam surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun.

“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok