1175560 (1)
1175560 (1)

Kumpulan pertama terima PerantiSiswa bermula minggu kedua Jun

Adlan Farhan Azwan
10 May 2022 11:34am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama dijangka akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula minggu kedua Jun ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, tempoh berkenaan masih bergantung kepada proses penghantaran oleh pembida yang terpilih.

"Pengagihan bagi kumpulan pertama ini dirancang selepas 30 hari dari tarikh permohonan.

“Proses pengagihan kedua pula ialah pada Ogos iaitu 60 hari selepas permohonan dibuat terutamanya bagi mereka yang membuat permohonan lewat dan kes-kes rayuan," katanya dalam dalam satu program di televisyen, baru-baru ini.

Tambah Annuar lagi, pihaknya telah membuat keputusan bahawa peranti yang bakal diterima oleh pemohon yang layak itu berbentuk tablet lengkap dengan aksesori termasuk papan kekunci.

"Berdasarkan nasihat daripada jawatankuasa termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), kita

juga telah lakukan percubaan kepada sekumpulan pelajar dan mendapat maklum balas daripada mereka.

“Kita mengambil keputusan dengan RM450 juta bajet yang ada, adalah lebih baik kita berikan tablet yang berkualiti tinggi berbanding laptop yang berkualiti rendah setelah mengambil kira elemen kos," ujarnya.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa jenama yang dipilih merupakan jenama yang terkenal dalam pasaran dan bukan produk berkualiti rendah.

“Pengumuman akan dilakukan pada minggu depan berkaitan jenama dan pembekal bagi peranti program berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, permohonan bagi program Perantisiswa telah dibuka mulai 15 April lalu dengan peruntukan sebanyak RM450 juta membabitkan tempahan 350,000 unit peranti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kira-kira 350,000 pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), layak memohon inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia.

Peranti itu bakal dimanfaatkan mereka yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan serta ijazah sarjana muda dan perlu dipulangkan semula sekiranya sudah tamat pengajian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok