Untuk menceriakan kelas sepanjang minggu pertama persekolahan, guru-guru boleh laksanakan lima aktiviti menarik yang dikongsi ini.
Untuk menceriakan kelas sepanjang minggu pertama persekolahan, guru-guru boleh laksanakan lima aktiviti menarik yang dikongsi ini.

Lagi aktiviti menarik dalam kelas untuk adik-adik

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Mar 2024 01:46pm
A
A
A

Memandangkan tiada sesi akademik pada minggu pertama sekolah 2024/2025, para guru mungkin boleh melaksanakan lima aktiviti menarik ini untuk murid di kelas masing-masing.

Aktiviti-aktiviti yang dipetik menerusi akaun Facebook Asyafa Fautzie terdiri daripada

1) Nama dan fakta

Setiap murid akan menyebut nama masing-masing dan satu fakta menarik tentang diri mereka untuk mewujudkan suasana kelas yang lebih santai dan akrab.

2) Bola salji kenalan

Murid duduk dalam lingkaran, dimulakan dengan seorang murid memegang bola kecil dan menyebutkan nama murid lain sambil melemparkan bola itu kepadanya. Murid yang menerima bola kemudian menyebutkan nama murid lain dan seterusnya.

3) Puzzle perkenalan

Potong beberapa gambar atau kata-kata menjadi beberapa potongan dan minta murid bekerjasama secara dalam kumpulan untuk menyusunnya sambil berkenalan. Buat beberapa set untuk beberapa kumpulan.

Artikel Berkaitan:

4) Fakta atau auta

Murid meyampaikan dua fakta yang benar tentang diri mereka dan satu penyataan palsu. Rakan sekelas cuba meneka pernyataan palsu tersebut. Kelas akan lebih ceria dan tertawa.

5) Bingo kenalan

Berikan kertas dengan 10 petak kosong yang telah diisi dengan karakter atau hobi tertentu. Murid kemudiannya mencari rtakan lain yang memenuhi kriteria tersebut untuk mengisi kotak bingo mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok