Pembayaran pinjaman PTPTN boleh menggunakan Akaun II KWSP. - Gambar hiasan - Kredit foto Unsplash
Pembayaran pinjaman PTPTN boleh menggunakan Akaun II KWSP. - Gambar hiasan - Kredit foto Unsplash

Langkah mudah bayar balik PTPTN guna KWSP

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
25 May 2023 02:42pm
A
A
A

Mungkin masih ramai tidak mengetahui terdapat alternatif lain dalam membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan menggunakan Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari Akaun II untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.

Permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.

Bahkan, terdapat beberapa kelebihan apabila melakukan pembayaran melalui KWSP seperti peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada Akaun II KWSP peminjam atau pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).

Selain itu, tiada had pengeluaran, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekali gus baki pinjaman pendidikan PTPTN.

Pengeluaran juga boleh dilakukan lebih daripada sekali, selagi Akaun II masih mempunyai baki, tiada caj pemprosesan dikenakan malah boleh menikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.

Dalam pada itu, jika bayaran balik pinjaman PTPTN dibuat melalui potongan gaji atau debit terus, bayaran balik melalui KWSP masih dibenarkan dan tidak memerlukan dokumen sokongan bagi pengeluaran seterusnya.

Sinar Bestari berkongsi enam langkah untuk membuat permohonan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP.

Artikel Berkaitan:

Permohonan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP.
Permohonan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP.

Langkah pertama: - Log masuk i-Akaun KWSP

  • Masukkan ID pengguna dan klik log masuk
  • Masukkan kata laluan dan klik teruskan

Langkah kedua: - Permohonan pengeluaran

  • Pilih pengeluaran pada menu utama
  • Klik permohonan baharu
  • Pilih jenis pengeluaran pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian anda
  • Klik seterusnya

Langkah ketiga: - Lengkapkan maklumat ahli dan amaun kelayakan

  • Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.
  • Klik seterusnya

Langkah keempat: - Semakan ringkasan permohonan pengeluaran

  • Semak maklumat permohonan dan klik permohonan TAC
  • Masukkan nombor TAC di khidmat pesanan ringkas (SMS) dan klik hantar
  • Jika maklumat anda lengkap, klik setuju untuk membuat perakuan diri

Langkah kelima: - Pengesahan permohonan pengeluaran

  • Permohonan berjaya dihantar
  • Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP

Langkah keenam: - Hadir ke pejabat cawangan KWSP

  • Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP.
  • Setelah PTPTN memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari waktu bekerja.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok