Mohamed Khaled

Kredit foto: KPT
Mohamed Khaled Kredit foto: KPT

Lawatan kerja ke Qatar, tingkat jalinan pendidikan tinggi dua hala – Mohamed Khaled

AZLEENDA SAHALUDIN
19 May 2023 12:09pm
A
A
A

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke Doha, Qatar bagi membincangkan hubungan pendidikan tinggi yang terjalin antara keuda-dua buah negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamed Khaled menyatakan, lawatan tersebut dimulakan dengan perjumpaan bersama Qatar Foundation dan Pertubuhan Al Thani bagi meneliti segala bentuk penajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar-pelajar dari negara berkonflik.

“Pertemuan pertama adalah bersama Qatar Foundation yang diwakili Presiden Pendidikan Tinggi serta Penasihatnya, Francisco J. Marmolejo, dituruti perjumpaan dengan wakil Pertubuhan AI Thani, Dr Ayedh Dabsan Al Qahtani dengan agenda penajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara-negara yang berhadapan konflik.

“Justeru, Malaysia sedia menerima para pelajar tajaan kedua-dua organisasi ini memandangkan negara mempunyai 20 buah universiti awam dan 404 institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri daripada 57 universiti swasta, 10 kampus cawangan universiti luar negara, 34 kolej universiti dan 303 kolej,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Duta Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan; Timbalan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr Megat Sany; Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, Noorazah Omar dan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS).

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberitahu, pertemuan tersebut turut diadakan bagi mempertingkatkan lagi hubungan pendidikan tinggi sedia ada.

“Melalui perbincangan ini, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut yang bertujuan mewujudkan usaha sama penyelidikan dalam bidang perubahan cuaca, keterjaminan makanan dan gangguan teknologi.

“Ia turut membincangkan penawaran program Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kerjasama antara beberapa universiti awam dengan Universiti Qatar,” jelas beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamed Khaled, selain penawaran program di UKM, pelaksanaan program Qatar Fund For Development dengan kerjasama beberapa universiti awam Malaysia dengan Qatar akan turut diadakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok