Azman (tengah) dan Hiroki (10 dari kanan) bergambar bersama barisan pemenang pada Majlis Penganugerahan Misi Sihat Yakult 3.0 yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.
Azman (tengah) dan Hiroki (10 dari kanan) bergambar bersama barisan pemenang pada Majlis Penganugerahan Misi Sihat Yakult 3.0 yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.

Lebih 140,000 pelajar sertai Misi Sihat Yakult 3.0

MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
11 Dec 2024 11:57am

Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult) berjaya menarik penyertaan seramai 140,543 pelajar dan 9,926 guru di 144 buah sekolah rendah seluruh negara menerusi program Misi Sihat Yakult 3.0.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, program sempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan menerusi amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.

Ujarnya, acara dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu, merupakan penganjuran tahun ketiga yang mengangkat agenda berkenaan.

"Sekolah yang terpilih dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemakanan sihat dan kecergasan fizikal di sekolah masing-masing.

"Majlis penutup ini mengiktiraf sekolah yang menunjukkan komitmen terbaik dan kreativiti yang paling mengagumkan," katanya pada Majlis Penganugerahan Misi Sihat Yakult 3.0 di sebuah hotel pada Selasa.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, KPM, Azman Mahsuri.

Menurut Hiroki, Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai, Terengganu muncul pemenang utama selaku Sekolah Terbaik Keseluruhan bagi tahun 2024.

Ulasnya, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SK Chengal Lempong, Pahang serta SK Padang Midin, Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"SK Chukai, Terengganu turut memenangi anugerah bagi kategori Aktiviti Pemakanan Sihat Terbaik, Aktiviti Kecergasan Lompat Tali Terbaik dan Aktiviti Atas Talian #hashtag Terbanyak.

"SK Chengal Lempong, Pahang pula membawa pulang anugerah bagi kategori Aktiviti Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia Terbaik dan Arca Seni Kreatif (Botol Yakult) Terbaik," ujarnya.

Kata beliau, pihaknya berharap agar dapat meneruskan inisiatif mewujudkan komuniti yang lebih sihat daripada peringkat awal usia lagi.

"Kami juga sentiasa komited untuk menggalakkan pelajar mengamalkan pemakanan sihat dan aktif secara fizikal untuk negara yang lebih baik pada masa hadapan.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPM dan semua sekolah terlibat atas sokongan berterusan terhadap program kami serta kepada minuman probiotik Yakult," menurutnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp