Lima dari kiri, Asma, Azman, Mohd Daud, tetamu kerhormat dan pengurusan tertinggi UCMI serta beberapa graduan Majlis Konvokesyen UCMI Kali ke-14, baru-baru ini.
Lima dari kiri, Asma, Azman, Mohd Daud, tetamu kerhormat dan pengurusan tertinggi UCMI serta beberapa graduan Majlis Konvokesyen UCMI Kali ke-14, baru-baru ini.

Azman dilantik Canselor, Asma Pro-Canselor UCMI

ROSHLAWATY MD RAIEH
16 Jan 2024 04:51pm
A
A
A

Tokoh Perbankan Negara, Tan Sri Azman Hashim dilantik sebagai Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), yang baharu, sempena Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14, Sabtu lalu.

Majlis Konvokesyen UCMI yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu turut menyaksikan Profesor Emerita, Datuk Dr Asma Ismail sebagai Pro-Canselor.

Menurut kenyataan media UCMI, pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor UCMI dilakukan selepas pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Majlis disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Mohd Daud Bakar.

“Ini adalah majlis pertama yang julung kali diadakan sejak penubuhan UCMI pada tahun 1993,” kata kenyataan itu.

Azman (kiri) dimasyhurkan sebagai Canselor UCMI, yang baharu.
Azman (kiri) dimasyhurkan sebagai Canselor UCMI, yang baharu.

Sementara itu, pelantikan Azman sebagai Canselor UCMI dilihat satu pilihan tepat kerana pelbagai pencapaian dan sumbangan besar telah diberikan kepada negara sekali gus menjadi antara tokoh disegani di Malaysia.

“Kejayaan Azman dalam membangunkan Ambank mengangkat beliau sebagai pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan. Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga bidang pembangunan ekonomi Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Sementara Asma pula bukanlah nama asing dalam dunia pendidikan kerana sumbangan beliau kepada sistem pendidikan tinggi dan ekosistem pembangunan sains mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Asma (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Pro Canselor.
Asma (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Pro Canselor.

"Asma berjaya dalam penemuan saintifik yang membawa kepada penghasilan 16 paten dikomersialkan di seluruh dunia serta menghasilkan ujian diagnostik pantas demam tifoid dipanggil TYPHIDOT, yang turut disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” menurut kenyataan tersebut.

Pelantikan kedua-dua tokoh itu mampu menjadi pemangkin kepada usaha UCMI untuk mencapai taraf universiti penuh menjelang 2025.

1,029 graduan dirai

Seramai 1, 029 graduan menerima ijazah sarjana muda, diploma dan sijil yang merangkumi pelbagai bidang dalam Majlis Konvokesyen UCMI Kali ke-14 bertemakan Umpama Mutiara Yang Bergemerlapan Di Seantero Dunia.

Pada majlis yang sama, UCMI memperkenalkan Anugerah Canselor buat pertama kalinya sempena pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor kali ini.

Azman (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan UCMI.
Azman (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan UCMI.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Farmaseutikal (Kepujian), Fakulti Farmasi, UCMI, Nurshazwani Abd Jalani, menerima Anugerah Canselor manakala graduan Diploma Sains Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Wal Ikhwan Mustafa diumum penerima Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP.

Kedua-dua anugerah telah disampaikan Azman kepada graduan yang terpilih.

Sebahagian graduan UCMI Sidang 1 yang diraikan dalam majlis konvokesyen tersebut.
Sebahagian graduan UCMI Sidang 1 yang diraikan dalam majlis konvokesyen tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok