Para pemenang Young Artist Award 2023 dan Score A yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, baru-baru ini.
Para pemenang Young Artist Award 2023 dan Score A yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, baru-baru ini.

Malaysia Book of Records iktiraf Young Artist Award 2023

NURBAYA ABDUL REZAK
18 Dec 2023 10:54am
A
A
A

Satu lagi rekod membabitkan pelajar Malaysia dalam Young Artist Award 2023 dengan 53,052 penyertaan, sekali gus dinobatkan sebagai Peraduan Mewarna Artis Muda Terbesar dalam Malaysia Book of Records.

Program Score A dan Young Artist Award pada tahun ini juga merekodkan peningkatan sebanyak 10 kali ganda dengan lebih 13,800 penyertaan daripada 3,000 sekolah seluruh negara.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woong berkata, program Pembelajaran Kreatif Score A, yang bermula dengan Edisi Guru pada Mei lalu, melengkapkan lebih 6,200 guru dari 5,120 sekolah dengan 10 bengkel kemahiran pembelajaran tentang teknik pembelajaran kreatif seperti emoji, ‘blok masa’ dan ‘istana ingatan’.

"Teknik-teknik ini disampaikan kepada pelajar untuk memupuk pemikiran kritis, penaakulan dan kemahiran inovasi untuk dimanfaatkan dalam pembelajaran mereka.

"Kemudian, mereka digalakkan untuk mengaplikasi dan mempamerkan teknik yang dipelajari di Olimpik Pembelajaran Kreatif Score A seluruh negara.

“Kami berbesar hati menyaksikan pertumbuhan dan kejayaan cemerlang dalam kedua-dua Young Artist Award dan program Score A kami.

"Menerusi program Score A, kami berusaha memupuk pembelajaran dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, manakala Young Artist Award memanfaatkan kuasa ekspresi kreativiti yang transformatif untuk pembangunan holistik pelajar," katanya sewaktu berucap pada majlis Young Artist Award dan program Score A di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Andrew Woong berkata lagi, sokongan padu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di setiap negeri amat penting dalam menjayakan program itu.

Artikel Berkaitan:

Andrew Woon memberi ucapan sempena Young Artist Award dan program Score A, si Petaling Jaya baru-baru ini.
Andrew Woon memberi ucapan sempena Young Artist Award dan program Score A, si Petaling Jaya baru-baru ini.

Ekspresi kreatif melalui seni

Young Artist Award 2023 mengembangkan kerjasama jangkauannya dengan MY Art Studio dan MY Craft Studio bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dengan menyediakan bengkel maya dan fizikal yang memfokuskan pada pelbagai teknik seni.

Lebih 25,600 peserta terlibat dalam bengkel-bengkel itu yang diadakan di seluruh negara.

Lebih menarik, pelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Ping Ming Johor telah menghantar ratusan penyertaan menjadikannya jumlah tertinggi di Malaysia.

Guru Pendidikan Seninya, Olover Wong berkata, pihaknya percaya pembelajaran perlu melangakaui ruang bilik darjah.

“Menerusi Young Artist Award 2023 ini, para pelajar berpeluang menonjolkan potensi kreatif mereka menerusi pelbagai bahan dan teknik seni.

"Tafsiran imaginatif mereka terhadap tema kelestarian tahun ini menghasilkan karya-karya yang luar biasa, di samping menyediakan ruang pembelajaran yang menyeronokkan dan menakjubkan," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Seni Visual KPM, Siti Rosni Nik Mohd Zaid berkata, pihaknya begitu kagum dengan kreativiti yang tidak terbatas dalam kalangan peserta.

"Para finalis mempamerkan prestasi yang cukup luar biasa dengan kemahiran dan teknik inovatif yang disampaikan di bengkel,” katanya.

Kreatif dalam membuat keputusan

Pembelajaran Kreatif Score A menyaksikan para pelajar bertanding dalam empat misi utama sejajar Matlamat Pembangunan Lestari.

Ia berdasarkan skor penilaian dalam talian dan aplikasi 10 teknik pengambilan nota kreatif yang dipelajari, bagi merebut gelaran 'Pelajar Terbaik' dalam kategori sekolah rendah dan menengah.

Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, Ipoh, Lee Yew Jia yang dinobatkan Pelajar Terbaik Kategori C berkata, kaedah peta minda atau mind map yang dipelajari semasa bengkel, membantunya memahami subjek kompleks dan mengutamakan penghafalan.

"Peta minda klasik dengan tajuk utama dan cabang-cabang yang terperinci, adalah teknik yang saya guna.

"Saya dapati perjalanan ini sangat bermanfaat dan akan menggalakkan rakan-rakan sekolah untuk menggunakan teknik yang dipelajari semasa bengkel,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok