MARA3
MARA3

MARA jayakan program Jelajah Pendidikan Luar Bandar

Norliza Wasilan
30 Sep 2022 02:31pm
A
A
A

Kira-kira 200 pelajar Tingkatan Lima dan Enam daripada lapan sekolah di sekitar Gua Musang, Kelantan, didedahkan dengan peluang pengajian di peringkat universiti serta Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri Kelantan itu dilaksanakan untuk memastikan pelajar di luar bandar tidak tercicir daripada menyambung pengajian sehingga peringkat tinggi.

Pelbagai maklumat disalurkan kepada golongan itu antaranya membabitkan pendidikan dan kemudahan disediakan di bawah Penganjuran Pelajaran MARA seperti pinjaman.

Fazli Rizal (lapan dari kiri) bersama sebahagian besar daripada peserta yang terbabit dalam Jelajah Pendidikan Luar Bandar

Pengarahnya, Fazli Rizal Ismail menyeru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya mengambil peluang penajaan dan pengajian yang disediakan di bawah MARA.

“Adalah menjadi tumpuan utama MARA membuka peluang kepada pelajar di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan berkualiti.

“Pada masa sama, membantu mereka melanjutkan pengajian di institusi terbaik yang disediakan oleh MARA,” ujarnya ketika merasmikan Jelajah Pendidikan Luar Bandar di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.

Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mengambil bahagian dalam program berkenaan ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German-Malaysian Institute (GMI), GiatMARA, Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Sebahagian daripada peserta Jelajah Pendidikan Luar Bandar.

Turut mengambil bahagian ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) MARA.

Pada majlis itu juga, Fazli turut menyampaikan cek E-Pendahuluan dan bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 30 pelajar kurang berkemampuan.

Mengulas lanjut, ujarnya, MARA sentiasa komited membantu golongan Bumiputera mendapatkan akses pendidikan dengan memberi peluang terutamanya pelajar luar bandar melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Program ini diyakini dapat menjayakan konsep merentasi luar bandar dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang disediakan MARA secara terus kepada golongan itu,” tuturnya.

Artikel berkaitan

Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian

Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM cemerlang di World Scholar’s Cup Global Round 2022

Persaingan sengit dan tempat terhad, faktor utama 20,000 pelajar gagal ditempatkan di UA


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok