Penuntut Semester Satu itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam. Gambar kecil: Mohd Hafiz
Penuntut Semester Satu itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam. Gambar kecil: Mohd Hafiz

Meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba. ‘Sekali lagi UiTM kehilangan pelajar. Sedihnya’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Oct 2024 11:19am

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu yang maut dirempuh sebuah Honda CRV berhampiran universiti berkenaan pada Rabu.

Mereka yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Mohd Akmal Tukirin, 25.

Selain kematian tiga mahasiswa itu, UiTM sekali lagi diuji dengan kehilangan seorang lagi pelajar mereka pada Selasa.

Mangsa yang dikenali Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20, merupakan penuntut Semester Satu dari Kampus Puncak Alam, Selangor yang meninggal dunia selepas rebah tiba-tiba.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.13 malam.

"Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang. Waktu itu pelajar berkenaan secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.

"Beliau disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam.

"Siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, satu tabung derma kilat buat Allahyarham telah dilancarkan oleh Bachelor in Office System Society (BOSS) UiTM Puncak Alam untuk disumbangkan kepada keluarga arwah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 156020233689 di atas nama Nor Afni Md Sari yang merupakan penasihat BOSS.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp