MRSM Ranau siap dibina, buka pengambilan pelajar pada 2024, ini baru healing sambil belajar
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau, Sabah telah siap dibina dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertamanya pada 2024.
MRSM ini akan menjadi gedung ilmu kepada pelajar di daerah Ranau serta beberapa kawasan lain di bahagian pedalaman.
Ia merupakan projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan keluasan tapak tanah 30 ekar.
Memetik perkongsian di aplikasi X, pelajar kumpulan pertama bukan sahaja dapat menikmati segala kelengkapan sekolah yang serba baru dan moden malah turut berpeluang menikmati keindahan bayu dengan permandangan Gunung Kinabalu.
Teruja dengan pembukaan institut pendidikan itu tidak lama lagi, Sinar Bestari sempat memetik komentar yang dikongsi oleh warga maya di X.
Antaranya:
“Main bola pun nanti seronok, berkabus sahaja macam di luar negara.”
“Macam seronok belajar di sini nanti. Sejuk macam cuaca di luar negara.”
“Seronoknya. Bangun tidur sudah boleh menikmati pemandangan cantik setiap hari. Jiwa pun tenang nak belajar.”
“Ini baru betul healing sambil belajar.”