Fadil
Fadil

Murid 11 tahun lemas ketika sertai aktiviti air di kolam renang

Seorang murid lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menjalani Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berusia 11 tahun merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. 

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti program berkenaan pada Rabu.

"Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut masih dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang murid lelaki meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi
  • Mangsa berusia 11 tahun dan merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
  • Kejadian berlaku semasa mangsa mengikuti Program Sokongan Keyakinan Air
  • Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (UKM) sebelum disahkan meninggal
  • Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp