Murid SK Bangi teruja ikuti program Sekolahku Universitiku
Murid SK Bangi teruja ikuti program Sekolahku Universitiku

Murid SK Bangi teruja ikuti program Sekolahku Universitiku

Roshlawaty Md Raieh
16 Jan 2023 05:58pm
A
A
A

SEKUMPULAN murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, Selangor melahirkan keterujaan apabila berpeluang mengikuti program Sekolahku Universitiku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Program yang dianjurkan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM itu bertujuan memupuk minat terhadap bidang sains dan teknologi dalam kalangan peserta dan mendidik mereka tentang ilmu berasaskan kimia.

Selain itu, Sekolahku Universitiku berobjektif memupuk kemahiran insaniah melalui aktiviti pembelajaran yang inovatif.

Menurut Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM), Dr Aida Hanim A Hamid, Sekolahku Universitiku merupakan sebuah program translasi ilmu yang dibawakan khas dari peringkat universiti ke peringkat sekolah.

“Saya melihat program berupa translasi ilmu ini sebagai satu perkara yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat kerana ia dapat memberikan peluang kepada murid merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza dari norma kebiasaan.

“Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat dipertingkatkan melalui pemahaman yang lebih mendalam dan pembelajaran isu yang lebih berfokus oleh para siswazah yang berada di peringkat pengajian tinggi kepada golongan murid-murid,” ujarnya ketika merasmikan program berkenaan.

Hadir sama, Guru Besar SK Bangi, Nora Hussein; Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) Hal Ehwal Pelajar, Dr Norwina Akmal Anuar; Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat FST, Profesor Madya Ts Dr Mohd Hariri Arifin dan Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FST, ChM Dr Nur Hasyareeda Hassan.

Sambung Aida Hanim lagi, menerusi program itu, hubungan yang dinamik antara institusi pendidikan dapat dibina dan mampu memberi impak positif kepada murid-murid, mahasiswa dan komuniti.

“Impak ini tidak hilang setelah program selesai dijalankan sebaliknya akan terus berkekalan hingga ke masa hadapan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beberapa pengisian aktiviti telah diikuti peserta sepanjang program berlangsung.

Antaranya, pameran interaktif dan eksperimen sains yang menarik minat murid dalam memupuk pemahaman mendalam terhadap subjek sains dan teknologi.

Artikel berkaitan 

Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia

Anugerah Naib Canselor Sesi Akademik 2021/2022 UKM milik John Sebastian

Program empowerNCER Akademik perkasa pelajar USM sebagai pembimbing pelajar SPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok