Peserta Bengkel TV PSS 2025 Sekolah-Sekolah Daerah Temerloh bersama barisan tetamu jemputan sejurus tamat program.
Peserta Bengkel TV PSS 2025 Sekolah-Sekolah Daerah Temerloh bersama barisan tetamu jemputan sejurus tamat program.

Murid Temerloh teroka dunia kewartawanan & penyiaran dalam Bengkel TV PSS 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Jul 2025 11:22am

Usaha memperkasa kemahiran murid dalam kewartawanan dan penyiaran diteruskan melalui penganjuran Bengkel TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2025 Sekolah-Sekolah Daerah Temerloh Bersama Sinar Bestari pada Selasa.

Program berimpak tinggi yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tualang di sini, dianjurkan oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh, Pahang dengan kerjasama Akademi Pendidikan Sinar Bestari (APSB)

Seramai 102 murid daripada 30 buah sekolah di daerah Temerloh merangkumi 17 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah telah menyertai bengkel yang dirangka khas untuk memberi pendedahan profesional secara teori dan praktikal.

Lebih bermakna, bengkel turut disertai 32 orang guru pengiring yang berperanan penting dalam membimbing Unit TV PSS di sekolah masing-masing.

No Image Caption

Bengkel TV PSS 2025 ini menyediakan pelbagai pengisian menarik meliputi latihan asas kewartawanan, penulisan skrip, rakaman video, suntingan dan penyampaian berita secara efektif.

Ia juga meningkatkan tahap kreativiti dan kemahiran teknikal murid dalam penghasilan kandungan media digital berasaskan pendidikan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pelaksanaan Bengkel TV PSS 2025 untuk membimbing murid membangunkan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk platform TV PSS sekolah, portal pendidikan dan media sosial rasmi institusi.

Pengetua APSB, Meen Tahrin (kiri) beramah mesra sambil bertanyakan sesuatu kepada peserta bengkel manakala Gambar kanan: Tenaga pengajar TV PSS, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari berkongsi info penting berkaitan aspek teknikal dalam produksi video.
Pengetua APSB, Meen Tahrin (kiri) beramah mesra sambil bertanyakan sesuatu kepada peserta bengkel manakala Gambar kanan: Tenaga pengajar TV PSS, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari berkongsi info penting berkaitan aspek teknikal dalam produksi video.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, Zulkifli Mat Nasir, Bengkel TV PSS 2025 bukan sekadar program sampingan, sebaliknya satu inisiatif strategik untuk melahirkan generasi murid yang celik media dan mahir dalam komunikasi serta penyiaran.

"Saya berharap setiap ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan pada masa akan datang. Media adalah satu elemen penting, ia mampu menjadi pengimbang kepada dunia hari ini.

Zulkifli
Zulkifli

"Gunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk bersama-sama menambah ilmu dalam bidang kewartawanan dan penyiaran.

"Antara hasrat utama penubuhan TV PSS ialah untuk mencungkil bakat, kreativiti, kebolehan berkomunikasi, penulisan dan lain-lain,” katanya yang merupakan graduan Ijazah Kewartawanan dari Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan dalam produksi televisyen dan kewartawanan.

Meen (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zulkifli (kiri) sempena Bengkel TV PSS 2025 Sekolah-Sekolah Daerah Temerloh Bersama Sinar Bestari yang berlangsung pada Selasa.
Meen (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zulkifli (kiri) sempena Bengkel TV PSS 2025 Sekolah-Sekolah Daerah Temerloh Bersama Sinar Bestari yang berlangsung pada Selasa.

INFO

Senarai Sekolah Rendah

1) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Temerloh

2) SK Batu Kapor

3) SK Bolok

4) SK Bukit Cermin

5) SK Kerdau

6) SK Kuala Kaung

7) SK Lebak

8) SK Mentakab (Chatin)

9) SK Paya Ara

10) SK Paya Taram

11) SK Seri Songsang

12) SK Seri Tualang

13) SK Sungai Gau

14) SK Tanjung Batu

15) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Tamil) Ladang YCL

16) SJK (Tamil) Mentakab

17) Sekolah Rendah Agama (SRA) Islam At Takwa

No Image Caption

Senarai Sekolah Menengah

1) Maahad Tarbiah Islamiah Al Ansar (MTIAA)

2) SMK Abu Bakar

3) SMK Bukit Damar

4) SMK Datuk Bahaman

5) SMK Hwa Lian

6) SMK Kerdau

7) SMK Kuala Krau

8) SMK Lancang

9) SMK Paya Pulai

10) SMK Seri Bahagia

11) SMK Seri Tualang

12) SMK Teluk Sentang

13) SMK Temerloh Jaya

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp