Program ini bukan sekadar memberi pengalaman baharu kepada pelajar, malah membuka minda mereka terhadap potensi besar STEM dalam sektor Agro-Sains.
Program ini bukan sekadar memberi pengalaman baharu kepada pelajar, malah membuka minda mereka terhadap potensi besar STEM dalam sektor Agro-Sains.

Pelajar teruja teroka dunia Agro-STEM di UiTM Jasin

07 Jul 2025 02:21pm

Kira-kira 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota dan SMK Naning, masing-masing dari Melaka telah menyertai satu program komuniti berimpak tinggi bertajuk ‘Jom Teroka STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) Agro-Sains’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin baru-baru ini.

Program anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM ini bukan sekadar memberi pengalaman baharu kepada pelajar, malah membuka minda mereka terhadap potensi besar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam sektor Agro-Sains.

Menurut kenyataan media yang dikongsikan kepada Sinar Bestari, Jom Teroka STI Agro-Sains kendalian kursus AGR696 (Post Harvest Handling Technology) dan kolaborasi bersama Persatuan Plantation Biotechnology Society (BEST) membabitkan penyertaan aktif pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengeluaran Tanaman Pintar selaku fasilitator.

Selain itu, peserta turut dibimbing oleh saintis utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Profesor Dr Asmah Awal dan Profesor Madya Dr Fazleen Abdul Fatah.

No Image Caption

"Antara tarikan utama program ialah demonstrasi teknologi pertanian moden seperti penggunaan dron pertanian DJI Agras T20P, traktor tanpa pemandu dan Dynamic Cultivator Blade yang dicipta oleh Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) FPA.

"Aktiviti ini dikendalikan oleh tenaga pakar termasuk Ts Dr Siti Amni Ismail, Ts Dr Mohd Muhyiddin Mustafa, Dr Nur Suraya Abdullah dan Zaharudin Sariman.

Artikel Berkaitan:

"Para peserta juga berpeluang melawat bengkel kejuruteraan dan ladang untuk menyaksikan teknologi penyediaan batas tanaman dan operasi mesin secara langsung," kongsi kenyataan itu.

Seterusnya, para peserta turut didedahkan kepada eksperimen mikroskop bagi mengenal pasti sel kulit bawang dan mikroorganisma air kolam yang dikendalikan oleh Dr Noer Hartini Dolhaji dan Nur Atiqah Zaharullil.

No Image Caption

Tidak ketinggalan, teknik pembiakan pokok buah naga menggunakan kaedah kultur tisu juga diperkenalkan dengan bantuan pelajar BEST sekali gus memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta sekolah.

Kongsi kenyataan itu lagi, program yang diadakan bukan sahaja memperkenalkan pelajar kepada dunia Agro-STEM, tetapi turut menjadi medan untuk mereka membina kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pemikiran kritikal.

"Inisiatif sebegini dapat merapatkan jurang antara institusi pengajian tinggi dan sekolah serta memupuk kesedaran awal terhadap bidang Agro-Sains yang semakin penting dalam pembangunan negara.

No Image Caption

"Melalui keterlibatan pelajar universiti dan sekolah, UiTM terus membuktikan komitmennya dalam melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berdaya saing serta prihatin terhadap komuniti dan pembangunan negara," maklumnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp