
Murid terjatuh lubang kumbahan: Kes diklasifikasikan NFA - Alzafny
Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang murid maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pada 27 September lepas, dengan kes diklasfikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setakat ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan terperinci mendapati insiden itu merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah atau penglibatan mana-mana pihak dikesan.
"Sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan kemudian diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum ia dikategorikan sebagai NFA.
"Daripada siasatan, kami berpuas hati bahawa kes itu adalah satu kemalangan," katanya.
Pada 27 September lepas, seorang murid Tahun Tiga dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis telah melengkapkan siasatan kejadian murid maut dalam saluran kumbahan di Lenggeng, Nilai
- Kes diklasfikasikan sebagai tiada tindakan lanjut
- Siasatan mendapati kejadian itu merupakan kemalangan tanpa unsur jenayah
- Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum dikategorikan NFA
- Murid Tahun Tiga meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di sekolah