Dari kiri Neelofa, Mira Filzah dan Janna Nick, masing-masing meraih keputusan cemerlang dalam SPM yang diduduki.
Dari kiri Neelofa, Mira Filzah dan Janna Nick, masing-masing meraih keputusan cemerlang dalam SPM yang diduduki.

Neelofa, Mira Filzah & Janna Nick antara selebriti popular yang cemerlang dalam SPM!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Apr 2025 01:10pm

Bila sebut sahaja nama Neelofa, Mira Filzah dan Janna Nick, pasti ramai membayangkan dunia glamor, pentas fesyen dan sorotan kamera.

Namun di sebalik kilauan populariti, siapa sangka mereka ini sebenarnya pernah mencipta kejayaan yang membanggakan dalam dunia akademik lebih-lebih lagi ketika mendapat keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sempena pengumuman rasmi SPM yang dijadualkan esok, Sinar Bestari membawakan senarai artis yang berbakat besar dalam industri hiburan dan genius ketika zaman sekolah sekali gus mencatat keputusan membanggakan dalam peperiksaan berkenaan.

1) Dr Soo Wincci

  • Keputusan: Mendapat 7A, 2B dalam SPM pada tahun 2002
  • Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor

Artikel Berkaitan:

2) Neelofa

  • Keputusan: 10A pada 2006
  • Sekolah: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi

3) Mira Filzah

  • Keputusan: 8A pada 2010
  • Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

4) Najwa Latif

  • Keputusan: 4A pada 2012
  • Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

5) Janna Nick

  • Keputusan: 6A, 2B pada 2013
  • Sekolah: SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

6) Ezlisa Loy

  • Keputusan: 7A, 2B pada 2013
  • Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras, Selangor

7) Nur Erysha Emyra Zakaria

  • Keputusan: 9A pada 2016
  • Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

8) Wani Kayrie

  • Keputusan: 7A pada 2017
  • Sekolah: SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp