Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang. Gambar hiasan
Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang. Gambar hiasan

Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat - KPM

26 Jun 2025 01:06pm

Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan memohon untuk Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

"Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-. Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

"Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian," menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan, pada masa yang sama, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.

"Kerajaan Madani akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara," menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp