No Image Caption

Pelajar keciciran suntikan imunisasi HPV, bakal perolehinya

17 Oct 2023 04:45pm



Seramai 820,000 pelajar perempuan Tingkatan Satu yang tercicir daripada mendapatkan vaksin imunisasi HPV bakal menerimanya kembali.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisham Awang Saun, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses untuk melaksanakan pemberian itu kembali.

Jelas beliau, pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global.

Ia secara tidak langsung mengakibatkan pemberian imunisasi di negara ini terutama melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu bermula 2021 terjejas.

Artikel Berkaitan:


"Proses perolehan vaksin ini telah mengambil kira proses perolehan kerajaan selaras pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

"KKM komited memastikan semua pelajar perempuan (Tingkatan Satu) kohort 2021, 2022 dan 2023 yang tercicir dapat terima vaksin HPV sebelum mereka tamat persekolahan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Lukanisman berkata, keutamaan akan diberikan kepada pelajar perempuan Tingkatan Satu kohort 2021 terlebih dahulu, diikuti kohort 2022 dan kohort 2023, namun jangka masa pemberian suntikan bergantung kepada jumlah vaksin yang diperoleh kelak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp