Mayat pelajar perempuan dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah di Durian Daun pada Khamis.
Mayat pelajar perempuan dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah di Durian Daun pada Khamis.

Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah

AZLEENDA SAHALUDIN
21 Jul 2023 03:06pm
A
A
A

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolah itu semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama sekolah terbabit.

“Tiada saksi yang nampak mangsa terjun atau terjatuh dan tiada kesan perbuatan jenayah di sekitar kawasan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok