Nawal Shahirah dilaporkan ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di HKL.
Nawal Shahirah dilaporkan ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di HKL.

Pelajar UM hilang: Nawal Shahirah sudah ditemui, jalani rawatan psikiatri

Tekanan perasaan disebabkan kehilangan ibu dipercayai menjadi punca pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, dilaporkan hilang sebelum individu terbabit ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, individu berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, semakan polis dengan pihak HKL mengesahkan individu terbabit menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan.

"Individu berkenaan telah masuk ke hospital sendiri pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan.

"Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil maklumat diperoleh mendapati individu terbabit dipercayai mengalami tekanan emosi susulan kematian ahli keluarga terdekat iaitu ibunya.

Terdahulu, polis dilaporkan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar UM yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tekanan perasaan disebabkan kehilangan ibu menjadi punca pelajar Universiti Malaya, Nawal Shahirah Mohd Jamil, dilaporkan hilang
  • Pelajar berumur 23 tahun itu ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur
  • Nawal Shahirah hadir sendiri ke hospital pada 28 Januari untuk mendapatkan rawatan
  • Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental
  • Polis mendapati Nawal Shahirah mengalami tekanan emosi susulan kematian ibunya
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp