516A8CCD-5770-4A4E-AB51-A575CFD0C37F
516A8CCD-5770-4A4E-AB51-A575CFD0C37F

Peluang jadi murid Permata Pintar, boleh cuba ambil ujian ini

Rasyidah Zulkifi
02 Mar 2022 02:49pm
A
A
A

BANGI - Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan Pencarian Murid Pintar dan Berbakat (UKM1) tahun 2022 sudah mula dijalankan sejak awal Februari lepas.

Dalam kenyataan tersebut, ujian saringan UKM1 dibuka secara dalam talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.ukm.my/ bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.

“Ia merupakan saringan pertama bagi pencalonan murid berumur lapan hingga 15 tahun bagi menyertai program-program di Kolej Genius@Pintar Negara, Kolej GENIUS Insan dan Akademi Sains Pendang.

“Ujian tersebut hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa.

“Sekiranya terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitamkan dan digugurkan kelayakan menduduki UKM2,” katanya.

Baca juga

20 pelajar SEPINTAR terpantas khatam al-Quran 30 juzuk hingga tersenarai dalam Sofwatul Huffaz!

UIAM jalin kerjasama pintar dengan enam syarikat, mantapkan jaringan industri

Sementara itu, program tersebut adalah usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ia merupakan hasil kerjasama UKM dengan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bagi murid yang berjaya mencapai markah minima UKM1, mereka layak menerima Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat Peringkat Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, pemberian sijil tersebut tidak bermakna calon berjaya melepasi markah seperti yang ditetapkan.

“Pemberian sijil penyertaan kepada murid tidak melayakkan mereka ke ujian saringan kedua secara langsung.

“Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2.

“Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di laman sesawang https://pelajar.permatapintar.ukm.my/ ,” menurut kenyataan itu.

Semakan kelayakan menduduki ujian UKM2 boleh dibuat melalui pautan https://semak.permatapintar.ukm.my/ mengikut tarikh yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Calon hendaklah menyemak nombor telefon dan e-mel yang didaftarkan supaya betul atau boleh kemaskini di https://pelajar.permatapintar.ukm.my/ .

Murid yang ingin membuat pendaftaran buat kali pertama boleh menekan link http://ukm1.permatapintar.ukm.my/default.01.aspx .

“Maklumat diri, sekolah serta maklumat keluarga mestilah diisi di ruangan yang disediakan.

“Sila lengkapkan pendaftaran dengan gambar terkini murid.

“Kegagalan demikian boleh menyebabkan kelayakan menduduki ujian UKM2 terbatal,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi calon yang ingin mengulang UKM1 tahun semasa cuma hanya perlu mengemaskini maklumat diri dan meneruskan ujian menerusi pautan yang sama.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok