Pkharuddin Ghazali
Pkharuddin Ghazali

Pemilihan pelajar SBP adalah tepat, menjadi tanggungjawab guru gilap potensi

AZLEENDA SAHALUDIN
10 May 2023 04:52pm
A
A
A

Kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) dibuat berdasarkan penilaian secara holistik.

Memetik portal tempatan, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kelayakan setiap pelajar bagi kemasukan ke SBP dibuat melalui kaedah Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) termasuklah dinilai dengan beberapa komponen penting yang lain.

“Dengan menggunakan kaedah PKSK, mereka (pelajar) yang telah dinilai dan layak akan diterima masuk ke SBP.

“Penilaian ini dibuat dengan melihat kepada beberapa komponen lain, pentaksiran berterusan serta pelajar yang terlibat aktif dalam sukan.

“Sekiranya pelajar sudah terpilih, ia akan menjadi tanggungjawab SBP pula untuk meningkatkan lagi potensi mereka dan apa yang penting pemilihan mereka sudah tepat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu kualiti pelajar SBP serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang tular baru-baru ini selain didakwa tidak dinilai mengikut kebolehan akademik tetapi menerusi ujian kognitif dan kecerdasan minda sahaja.

Sebelum ini juga media telah melaporkan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon yang mendakwa, perkara demikian berdasarkan keluhan rakan-rakan guru di sekolah berasrama dengan menyatakan kualiti kemasukan pelajar kurang berbanding dahulu.

Kata beliau, kebergantungan sepenuhnya kepada ujian kemasukan berkenaan dilihat telah menyukarkan tahap pengukuran pengetahuan pelajar sehingga boleh menyebabkan para guru terpaksa berusaha dalam melahirkan pelajar cemerlang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok