Boleh dapatkan borang penyertaan melalui imbasan kod QR.
Boleh dapatkan borang penyertaan melalui imbasan kod QR.

Pencarian #CikguJuaraDigital 2022 hingga 20 April depan

Rasyidah Zulkifi
17 Mar 2022 02:23pm
A
A
A

CYBERJAYA - Pencarian #CikguJuaraDigital 2022 Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Malaysia Digital (MD) telah mula dibuka, semalam.

Dalam satu kenyataan, MDEC menjemput guru-guru berkelayakan bagi menyertai program sebelum tarikh tutup pada 20 April depan.

Calon boleh dapatkan borang untuk diisi dengan lengkap secara dalam talian dan penyertaan hendaklah dihantar melalui pautan https://bit.ly/CJD2022.

Tiga kategori dipertandingkan meliputi cikgu prasekolah, sekolah menengah dan rendah serta pengetua, seangkatan.

“Kami mencari guru prasekolah, tadika, guru sekolah rendah, menengah, pengetua, guru besar dan guru penolong kanan yang mempunyai minat yang mendalam untuk transformasi bidang pendidikan melalui teknologi.

“Mahir menggunakan teknologi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan urusan pentadbiran di sekolah.

“Guru-guru yang suka menambah ilmu serta berkongsi amalan terbaik mengenai teknologi dan pendidikan kepada rakan guru yang lain,” katanya.

Boleh dapatkan borang penyertaan melalui imbasan kod QR.

Rujuk kenyataan itu lagi, warga pendidik yang mengambil bahagian dalam program berteraskan teknologi dan inovasi serta aktif di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Website dan Blog juga layak menghantar penyertaan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program #CikguJuaraDigital boleh e-mel ke johan.termizi@mdec.com.my atau fatin.faudzi@mdec.com.my.

#CikguJuaraDigital tahun 2019, 2020 dan 2021

Program #CikguJuaraDigital telah mula dianjurkan pada 2019 dan johan julung kali pertandingan tersebut jatuh kepada guru Sekolah Kebangsaan Cina (SKC) Anglo Chinese, Kota Kinabalu, Sabah, Lawrence Ling.

Sementara itu, pada 2020 pula, kemenangan berpihak kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom, Selangor, Abd Rahman Ali Bashah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Terkini iaitu pada tahun lepas, program anjuran MDEC dan MD tersebut menyaksikan guru SK Jambu Bongkok, Marang, Terengganu, El Gamillo Habibun Tan dinobatkan sebagai johan #CikguJuaraDigital 2021.

Difahamkan beliau merupakan Pakar Pendidik Inovatif Microsoft dan Guru Bertauliah Apple yang telah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok