Ruzy Adila (belakang kiri) bergambar bersama ahli keluarganya selepas menerima ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) pada Istiadat Konvokesyen Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini pada Sabtu. Foto Ihsan Unisel
Ruzy Adila (belakang kiri) bergambar bersama ahli keluarganya selepas menerima ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) pada Istiadat Konvokesyen Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini pada Sabtu. Foto Ihsan Unisel

Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian terima ijazah sarjana

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
11 Sep 2023 01:00pm
A
A
A

Pengarang Eksekutif (Digital) Sinar Harian, Ruzy Adila Idris antara 1,306 graduan yang diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu.

Ruzy Adila menerima ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) yang disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.

Menurut Ruzy Adila, minat mendalam dalam pendidikan mendorong beliau menyambung pengajian di universiti itu yang turut menawarkan penajaan Biasiswa Karangkraf.

"Unisel menyediakan pengajian dalam bidang pendidikan yang mana satu cabang ilmu yang telah lama saya ingin terokai,” katanya selepas majlis konvokesyen berkenaan.

Mengulas lanjut, Ruzy Adila memberitahu, sepanjang menuntut di Unisel, beliau banyak mengenali rakan baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Saya dapat menerokai pelbagai ilmu baru dan berharap dapat meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran,” ujar beliau.

Tambah beliau, berkat sokongan ahli keluarga dan rakan sekerja, akhirnya berjaya menamatkan pengajian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Tanpa sokongan mereka semua, saya mungkin tidak mampu berjaya seperti hari ini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan memahami dan memberi ruang untuk saya menghadiri kelas dan juga pensyarah yang banyak membantu sepanjang pengajian saya di sini,” tambah beliau.

Ruzy Adila turut mengambil peluang itu untuk menitipkan nasihat kepada generasi muda untuk terus berusaha dan tekun mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

"Faktor usia bukanlah penghalang untuk seseorang berjaya hingga ke menara gading dan jika ada kemampuan, teruskan belajar sehingga peringkat tertinggi.

"Nasihat saya kepada mereka yang masih belajar, jadilah insan berilmu dan berakhlak walau apa sahaja kerjaya pilihan nanti,” tambah beliau.

Seramai 1,306 graduan hadir pada istiadat konvokesyen itu merangkumi 582 graduan yang mengikuti pengajian peringkat diploma, 670 graduan peringkat Ijazah sarjana muda, 36 graduan peringkat ijazah sarjana dan 18 graduan peringkat Kedoktoran.

Istiadat konvokesyen itu berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok