CURI-KPM-SINARBESTARI-2023
CURI-KPM-SINARBESTARI-2023

Pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 perlu khidmat polis pengiring

nadzarul.amir
17 Jan 2023 07:46pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius laporan kecurian yang melibatkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang berlaku di Semenyih, Selangor, pada Isnin.

Menurut kenyataan media KPM yang dikeluarkan hari ini, garis panduan Bantuan Awal Persekolahan menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara prosedur dan tatacara kewangan.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam kejadian semalam, wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh guru besar sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada pukul 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada hari ini.

KPM sedang menyemak insiden ini daripada segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Artikel berkaitan

KPM peruntuk 1 hari cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina

KPM terus pantau dan lakukan intervensi murid berisiko cicir

KPM akan menambah baik proses penempatan semula guru


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok