Hujan lebat berterusan telah menjejaskan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2022.
Hujan lebat berterusan telah menjejaskan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2022.

Penjadualan semula SPM 2022 untuk 431 calon terjejas banjir - KPM

ROSHLAWATY MD RAIEH
02 Mar 2023 05:21pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 431 calon terjejas akibat banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri di seluruh negara.

KPM dalam kenyataan media memaklumkan, pihaknya menerusi Lembaga Peperiksaan (LP) sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai calon yang terlibat sehingga tidak dapat menghadiri pusat peperiksaan yang dijadualkan atau pusat peperiksaan berhampiran.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat berterusan telah menjejaskan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022.

“KPM prihatin kepada situasi semasa dan siap siaga dengan prosedur operasi standard (SOP) serta langkah persediaan sewajarnya bagi memastikan SPM 2022 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur.

“Pengurusan pengendalian peperiksaan dalam situasi banjir dilaksanakan berpandukan kepada Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Payung) Bil 1/2001,” menurut kenyataan itu.

Selain calon banjir, KPM turut menyenaraikan beberapa pusat peperiksaan di Johor, Pahang dan Sarawak yang terjejas akibat bencana alam itu.

“Setakat ini, 17 pusat peperiksaan terjejas di negeri berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh pusat peperiksaan tidak dapat dibuka disebabkan terputus hubungan dan jalan raya tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan

Artikel Berkaitan:

“Di Johor dan Pahang, seramai 195 calon terkesan dengan banjir namun berjaya digerakkan ke pusat-pusat peperiksaan yang berhampiran dengan bantuan agensi kerajaan untuk menduduki peperiksaan,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, KPM menasihatkan calon SPM ini untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kadar segera sekiranya terkandas dalam banjir, tidak dapat menghadiri pusat peperiksaan ditetapkan atau pusat peperiksaan berhampiran.

Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan banjir yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara.

Penjadualan semula peperiksaan akan dilaksanakan bagi calon berkenaan setelah mendapat pengesahan Pengarah Pendidikan Negeri.

“KPM akan melakukan yang terbaik dan akan terus memantau situasi banjir sepanjang peperiksaan SPM 2022 berlangsung.

“Kami mendoakan semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” jelas KPM.

INFO

Bilik gerakan LP dan JPN

1) Negeri: Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bilik gerakan: LP

Nombor telefon: 03-8889 3520 / 03-8889 3601/ 03-8889 3551

2) Negeri: Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bilik gerakan: SPP Putrajaya

Nombor telefon: 014-337 9793

3) Negeri: Wilayah Persekutuan Labuan

Bilik gerakan: SPP Labuan

Nombor telefon: 087-46 8623

4) Negeri: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bilik gerakan: SPP Kuala Lumpur

Nombor telefon: 03-6204 6180

5) Negeri: Perak

Bilik gerakan: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) Perak

Nombor telefon: 05-501 5170 / 05-501 5176 / 05-501 5172

6) Negeri: Selangor

Bilik gerakan: SPP Selangor

Nombor telefon: 03-551 86120

7) Negeri: Pahang

Bilik gerakan: SPP Pahang

Nombor telefon: 09-571 5736

8) Negeri: Kelantan

Bilik gerakan: SPP Kelantan

Nombor telefon: 09-744 1411

9) Negeri: Johor

Bilik gerakan: SPP Johor

Nombor telefon: 07-231 0051/07-231 0050/07-231 0049

10) Negeri: Kedah

Bilik gerakan: SPP Kedah

Nombor telefon: 04-740 4237/04-740 4335/04-740 4247

11) Negeri: Melaka

Bilik gerakan: SPP Melaka

Nombor telefon: 06-2326467

12) Negeri: Negeri Sembilan

Bilik gerakan: SPP Negeri Sembilan

Nombor telefon: 06-765 3347

13) Negeri: Pulau Pinang

Bilik gerakan: SPP Pulau Pinang

Nombor telefon: 04-263 1472

14) Negeri: Perlis

Bilik gerakan: SPP Perlis

Nombor telefon: 04-973 7632

15) Negeri: Sabah

Bilik gerakan: SPP Sabah

Nombor telefon: 010-955 6458

16) Negeri: Sarawak

Bilik gerakan: SPP Sarawak

Nombor telefon: 082-473 507/082-473 519/082-473 520

17) Negeri: Terengganu

Bilik gerakan: SPP Terengganu

Nombor telefon: 09-621 3038

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok