WhatsApp Image 2022-04-01 at 7.41.57 PM
WhatsApp Image 2022-04-01 at 7.41.57 PM

Pensyarah UiTM didakwa hina pelajar direhatkan daripada tugas mengajar

Adlan Farhan Azwan
01 Apr 2022 07:42pm
A
A
A

SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Dr Roshana Takim yang didakwa menghina pelajar telah direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April ini sehingga siasatan lengkap dilaksanakan.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik oleh UiTM, keputusan yang dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur.

“Pada masa yang sama, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan

imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.

Baca juga

Pensyarah didakwa hina B40, UiTM sudah ambil tindakan dan tidak akan berkompromi

Insiden pensyarah marah pelajar: Sudut positif yang boleh dijadikan pengajaran

Dalam pada itu, UiTM juga berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan.

“UITM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO0-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terdahulu, tular di laman media sosial satu video yang memaparkan pensyarah yang memarahi salah seorang pelajarnya yang dikatakan tidak mempunyai komputer bagi menjalani proses pembelajaran.

Susulan daripada video yang tular itu, ramai pihak mendesak agar pensyarah terbabit dikenakan tindakan sewajaranya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok