Para pelajar perlu memahami setiap istilah yang digunakan oleh mereka berkaitan hala tuju pengajian.
Para pelajar perlu memahami setiap istilah yang digunakan oleh mereka berkaitan hala tuju pengajian.

Perbezaan antara matrikulasi, asasi, diploma dan STPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 Jul 2024 12:14pm
A
A
A

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menggunakan istilah seperti matrikulasi dan asasi dalam perbualan sesama mereka.

Ia kerana, istilah itu adalah merujuk kepada hala tuju pengajian mereka selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Bagi yang bergelar pelajar, mungkin istilah sebegini bukanlah sesuatu yang pelik namun, jika ditanya kepada orang ramai, pasti ada sesetengahnya kurang mengerti definisi matrikulasi dan asasi.

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan maksud matrikulasi, asasi, diploma dan Tingkatan Enam (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia - STPM) sebagai panduan kepada pelajar dan masyarakat.

Setiap program berkenaan menawarkan tempoh pengajian yang telah ditetapkan dan terpulang kepada pelajar untuk memilih pusat pengajian yang mereka sukai.

1) Matrikulasi

Matrikulasi merupakan fast track ke pengajian peringkat ijazah seperti asasi dan STPM.

Ia adalah salah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang hanya layak kepada pelajar Bumiputera sahaja.

Matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun serta mempunyai empat jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.

Bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang, mereka berpeluang melanjutkan pengajian ke program ijazah.

No Image Caption

2) Asasi

Asasi adalah salah satu cabang program pra universiti yang ditawarkan oleh universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ini membawa maksud pelajar tersebut akan mengikuti program asasi terus daripada universiti tersebut di mana tempoh pengajiannya antara satu hingga dua tahun sahaja.

Asasi menerapkan suasana sebenar kerana lokasi pengajian di dalam kampus dan membuatkan pelajar teruja untuk terus memohon ke asasi.

Terdapat beberapa universiti awam yang menawarkan program pengajian asasi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM).

No Image Caption

3) Diploma

Diploma biasanya akan mengambil masa selama tiga tahun dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti awam.

Setakat ini, hampir semua kampus awam menawarkan program pengajian diploma seterusnya program ke peringkat ijazah yang berkaitan.

Bagi lulusan diploma, mereka berpeluang tinggi menyambung pengajian peringkat ijazah atau terus bekerja.

Mereka hanya perlu memohon melalui UPUOnline atau terus ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) berkaitan sekiranya mahu mengikuti pengajian ijazah.

4) Tingkatan Enam

Tingkatan Enam juga merupakan salah satu fast track untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda (ijazah pertama).

Pelajar Tingkatan Enam akan menduduki peperiksaan STPM yang kini sistem pembelajarannya telah berubah dengan mengikut konsep semester seperti di universiti.

Terdapat dua aliran yang ditawarkan Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu jurusan Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Sains.

No Image Caption

Pengambilan pelajarnya sangat mudah, yuran pengajian murah berbanding institusi lain dan hanya memerlukan setahun setengah sahaja untuk menamatkan pembelajaran.

Tingkatan Enam mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah

a) Sijil STPM diiktiraf dan sangat laku bagi kemasukan ke universiti luar negara antaranya University of Cambridge, United Kingdom.

b) Dengan memiliki sijil STPM, pelajar sudah boleh bekerja di sektor awam dan juga swasta.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok