WhatsApp Image 2022-02-21 at 10.42.03 AM
WhatsApp Image 2022-02-21 at 10.42.03 AM

Perhatian! Tarikh akhir kemas kini vaksin guru ‘one-off’ 25 Februari ini

Rasyidah Zulkifi
21 Feb 2022 12:02pm
A
A
A

Lebih kurang seminggu sahaja lagi guru pengambilan khas secara ‘one-off’ akan memulakan perkhidmatan di sekolah masing-masing.

Banyak persiapan yang mereka perlu lakukan dari sudut mental dan fizikal sebelum mula mengajar.

Baca juga

Rezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajar

Pengambilan guru secara one-off redakan keluhan graduan pendidikan mengenai ketiadaan peluang pekerjaan – MPPK

Selain persiapan mengajar, penyediaan dokumen penting dan penampilan diri yang menarik, pelapis baru ini perlu peka dengan perkembangan semasa dari Kementerian Pendidikan (KPM).

Disebabkan mereka semua akan berkhidmat ketika wabak Covid-19, sijil vaksinasi menjadi suatu keperluan.

Oleh itu, pentingnya guru ‘one-off’ mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dua dos sebelum melapor diri pada 1 Mac nanti.

KPM melalui portal Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (myPdPP) baru-baru ini membuat pengumuman mengenai pengemaskinian maklumat vaksinasi bagi pemohon yang berjaya temu duga ‘one-off’ fasa dua dan tiga.

“Kepada pemohon yang telah menghadiri temu duga, anda diminta untuk kemas kini maklumat vaksinasi dan muat naik sijil vaksinasi yang diperolehi daripada mySejahtera. 

“Tarikh pengemaskinian akan dibuka bermula jam 10 pagi pada 18 Februari 2022 hingga 25 Februari 2022,” katanya.

Difahamkan, pengumuman dibuat kerana sistem portal tersebut mengalami gangguan capaian dalam talian kerana sistem sedang sedang diuji.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Calon perlu sekurang-kurangnya mendapat vaksin kedua bagi membolehkan muat naik sijil vaksinasi. 

“Terdapat ralat pada modul muat naik sijil vaksin. Sila kembali untuk memuat naik sijil vaksin. Sekian dimaklumkan,” katanya.

Akhir sekali, guru ‘one-off’ boleh klik link di bawah bagi membuat pengemaskinian maklumat vaksinasi Covid-19:

https://mypdpp.moe.gov.my/

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok