Calon disarankan melayari laman sesawang https://semakan.jais.gov.my untuk mengetahui jawapan kepada permohonan yang dibuat.
Calon disarankan melayari laman sesawang https://semakan.jais.gov.my untuk mengetahui jawapan kepada permohonan yang dibuat.

Permohonan ke SAM, SAMT dan SAMBEST 2023 boleh disemak hingga 17 Mac depan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Feb 2023 09:14am

Ibu bapa dan penjaga yang telah mengemukakan permohonan kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Agama Menengah (SAM); Sekolah Menengah Agama Tinggi (SAMT) dan Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Negeri Selangor tahun 2023 baru-baru ini, boleh membuat semakan bermula hari ini hingga 17 Mac depan.

Permohonan kemasukan pelajar ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://semakan.jais.gov.my yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagi pemohon yang berhadapan masalah membuat semakan ke SAM, SAMT dan SAMBEST Negeri Selangor 2023, di sini Sinar Bestari membantu anda menerusi langkah-langkah di bawah.

Langkah pertama, calon perlu memasukkan nombor kad pengenalan tanpa mengisi sebarang (-,/, ruang kosong) dan tekan butang semak.

Selepas butang semak ditekan, skrin akan memaparkan permohonan anda BERJAYA atau TIDAK BERJAYA.

Bagi yang BERJAYA, calon dikehendaki mencetak surat tawaran dan borang maklum balas serta menghantar ke sekolah yang ditawarkan.

Manakala pemohon yang TIDAK BERJAYA, dikehendaki mengisi borang rayuan yang tertera bermula 16 Februari hingga 17 Mac ini.

Mengenai permohonan rayuan pula, beberapa makluman penting perlu diambil perhatian oleh calon-calon yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Makluman penting itu adalah

1) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak untuk simpanan sendiri.

2) Pemohon hanya dibenarkan memilih dua sekolah sahaja dalam permohonan rayuan.

3) Pemilihan rayuan berdasarkan kepada pencapaian terbaik murid dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), Pentaksiran Sekolah JAIS (PSJ), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kurikulum Kebangsaan dan keperluan tempat di sekolah yang dipohon.

4) Bagi rayuan ke SAMBEST, Subang Jaya, calon mestilah memperoleh keputusan MUMTAZ dalam PSRA, PSJ dan sekurang-kurangnya TP 5 dalam PBS Kurikulum Kebangsaan.

Akhir sekali, calon-calon boleh menghubungi Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-55143638 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Semoga berjaya!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp