Pemakaian pelitup muka itu adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Pemakaian pelitup muka itu adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

PIBGN sokong pemakaian semula pelitup muka di sekolah

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
28 Apr 2023 09:25pm

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN) menyokong cadangan yang dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) tentang pemakaian semula pelitup muka di sekolah.

Menurut Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, tindakan berkenaan adalah wajar sebagai langkah pencegahan bagi mengawal lonjakan kes Covid-19 susulan penularan varian baru yang dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

“Secara asasnya, penjagaan kesihatan bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi turut membabitkan orang awam.

“Maka sudah tentu persekitaran sekolah perlu diutamakan lebih-lebih lagi melihat keadaan sekarang apabila berlakunya peningkatan kes Covid-19 selain pelbagai penyakit serta virus bahaya.

“Kita juga perlu lihat keperluan kesihatan di hospital yang semakin lama semakin kritikal dan untuk itu semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan dapat dikawal,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Ali turut meminta mana-mana pihak terutamanya Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memberikan kit ujian kendiri Covid-19 kepada pelajar sekolah.

Ia bagi memastikan pemantauan yang lebih efektif dalam mengawal penularan wabak itu di institut pendidikan.

“Sudah tentu kita mengharapkan apa sahaja bentuk bantuan seperti pelitup muka kepada pelajar sekolah termasuk kit ujian kendiri untuk dilakukan seminggu sekali.

“Diharap juga bantuan-bantuan yang dibekalkan KPM ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menguji tahap kesihatan pelajar,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp