Platform pembelajaran digital, sedia pelbagai sumber rujukan untuk pelajar ulang kaji
Platform pembelajaran digital, sedia pelbagai sumber rujukan untuk pelajar ulang kaji

Platform pembelajaran digital, sedia pelbagai sumber rujukan untuk pelajar ulang kaji

Roshlawaty Md Raieh
23 Sep 2022 03:53pm
A
A
A

Hari ini, dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak, terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi.

Ingin turut sama menyediakan serta memudahkan para pelajar mendapatkan bahan-bahan rujukan dan ulangkaji, myGuru merupakan salah satu platform yang boleh diakses di mana juga dan pada bila-bila masa.

Ditubuhkan pada 2013, platform ini menawarkan sumber pembelajaran yang kaya dengan paparan visual dan sangat efektif untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurut Pengasasnya, Datuk Idrus Mohd Satha, myGuru dilengkapi dengan pembelajaran berinteraktif dan kaya dengan paparan visual serta bank soalan.

Tambah beliau, ia merupakan platform pembelajaran lengkap yang menyediakan sumber rujukan untuk belajar dan ulang kaji walaupun hanya dari rumah.

Bahan-bahan yang terdapat dalam myGuru disediakan oleh tutor berpengalaman.

“Setakat ini kami mempunyai 500,000 pelajar berdaftar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

“Seperti platform-platform digital yang lain, para pelajar boleh mengakses platform kami di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Sehingga kini bahan yang kami sediakan isi kandungannya menepati pembelajaran masa kini,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai produk myGuru, Idrus berkata, selain menyediakan pelbagai nota yang dihasilkan oleh tutor berpengalaman, mereka turut menawarkan myLessons dan myQuestions.

Ulasnya, myLessons memuatkan bahan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran terkini yang dilengkapi dengan video animasi, nota ringkas, praktis interaktif dan soalan kuiz manakala myQuestions pula menyediakan koleksi bank soalan yang dilengkapi dengan ribuan soalan mirip peperiksaan dalam format terkini dengan penekanan aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Yang pasti, setiap soalan akan disertakan jawapan dan penerangan lengkap berserta tip menjawab.

Artikel berkaitan 

KPM perkasa pelantar DELIMa 2.0, gabung 3 aspek penting untuk pembelajaran menyeronokkan

6 kepentingan portal pekerjaan kepada bakal graduan

Pendigitalan sistem pendidikan SMK La Salle Sentul bantu guru tangani isu pengurusan pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok