WhatsApp Image 2022-04-28 at 4.04.57 PM
WhatsApp Image 2022-04-28 at 4.04.57 PM

Polis terima laporan insiden pelajar sekolah dipukul beramai-ramai

Adlan Farhan Azwan
28 Apr 2022 08:49pm
A
A
A

ALOR SETAR - Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sudah menerima satu laporan dibuat oleh pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di salah satu sekolah daerah itu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa yang dipukul itu telah membuat laporan pada Khamis mengenai kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan.

Katanya, punca tercetusnya kejadian tersebut dipercayai akibat daripada perselisihan faham antara satu sama lain.

Baca juga

Murid Tahun Tiga dipukul hingga cedera, akibat tampar rakan sekelas

70 peratus asrama terbakar, 43 pelajar selamat ketika tarawih

"Pada pagi Khamis, satu video tular memaparkan seorang pelajar dipukul oleh beberapa orang pelajar lain yang mana disahkan ia berlaku di Langkawi.

"Satu laporan polis juga telah diterima daripada mangsa yang berumur 16 tahun dan mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Shariman juga berkata, suspek sedang dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan oleh polis di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terdahulu, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan insiden seorang pelajar dipukul oleh sebilangan pelajar yang lain di sebuah sekolah di Langkawi, baru-baru ini.

Berikutan video yang tular itu, rata-rata pengguna mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua pelaku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok