1428733
1428733

Presiden Alumni UPM pertahan isu jumlah graduan PhD

Adlan Farhan Azwan
27 Jan 2022 05:00pm
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) kesal dengan kenyataan oleh Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang seolah-olah memperlekehkan kemampuan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengeluarkan hampir 400 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa Konvokesyen yang ke-44, baru-baru ini.

Menurut Presiden PAUPUM, Datuk Raihan Sharif, jumlah graduan PhD yang ada sekarang bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia sejajar dengan sasaran Pelan Induk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2015-2025, untuk universiti tempatan mengeluarkan 60,000 orang pemegang PhD dalam pelbagai bidang menjelang 2030.

Baca juga UPM perjelas isu kekeliruan bilangan graduan PhD

Baca juga Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni dan Buggy Putrabiz@Alumni meriah!

“Kenyataan ini bukan sahaja mengecewakan seluruh kommuniti UPM, tetapi telah menarik simpati ramai netizen di luar sana.

“Usaha murni UPM adalah selaras dengan dasar tersebut dan sepatutnya diberikan galakkan serta sokongan padu,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Dalam pada itu, Raihan juga berkata kemampuan UPM untuk mengeluarkan ramai graduan PhD berkualiti tidak harus dipertikaikan.

“UPM adalah dalam kalangan universiti awam (UA) terbaik di negara ini yang mempunyai keupayaan dan kemudahan untuk mengeluarkan lebih ramai graduan PhD yang berkualiti.

“Ramai diantara pensyarah-pensyarah ini telah mendapat pengiktirafan kecemerlangan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Laporan yang baru dikeluarkan oleh Stanford University USA pada tahun 2021 turut menyenaraikan seramai 54 pensyarah UPM telah diiktiraf sebagai World’s Top Two Percent Scientist.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Oleh itu, adalah mustahil pensyarah-pensyarah ini tidak dapat memastikan graduan-graduan PhD di bawah seliaan mereka berada di tahap kualiti terbaik, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan profesionalism mereka sendiri,” katanya.

Jelas beliau lagi, proses untuk menganugerahkan PhD bukan semata-mata bergantung kepada pensyarah UPM sahaja dan setiap tesis yang dikemukakan perlu mencapai kualiti untuk diterbitkan di dalam jurnal penyelidikan berindeks.

“Ia juga perlu disemak bersama oleh tiga pemeriksa termasuk satu pemeriksa luar dari universiti luar negara. Akhirnya calon PhD tersebut mesti berjaya dalam pemeriksaan viva voce sebelum diiktiraf oleh Senate UPM.

“Sekiranya masih tidak berpuas hati, PAUPM mengalu-alukan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu sendiri untuk mendaftar bagi mengikuti program PhD di UPM untuk memastikan kesahihannya,” tambahnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok