Program ini disertai oleh kanak-kanak dan remaja sekitar Felda Bukit Cherakah dengan objektif memperkukuh sahsiah, meningkatkan kefahaman agama dan menyediakan alternatif aktiviti cuti sekolah yang sihat serta berfaedah.

Program Cuti Sekolah Bermanfaat ceriakan anak-anak Felda Bukit Cherakah

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
26 Dec 2025 01:54pm

Apabila cuti sekolah tiba, pelbagai program menarik dianjurkan untuk memberi pengalaman berfaedah kepada para peserta.

Bagi mereka, program-program sebegini bukan sekadar aktiviti biasa, sebaliknya menawarkan manfaat yang besar dari segi sahsiah, ilmu dan pengalaman bermakna.

Terbaharu, Team Brilliant Khalifah dengan kerjasama Masjid Felda Bukit Cherakah, Selangor, menganjurkan Program Cuti Sekolah Bermanfaat yang berlangsung dengan penuh pengisian rohani, nilai tarbiah dan aktiviti menyeronokkan.

Program ini disertai oleh kanak-kanak dan remaja sekitar Felda Bukit Cherakah dengan objektif memperkukuh sahsiah, meningkatkan kefahaman agama dan menyediakan alternatif aktiviti cuti sekolah yang sihat serta berfaedah.

Menurut kenyataan media yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pengisian kerohanian dan tarbiah, aktiviti kepimpinan dan permainan berkumpulan serta pembentukan jati diri dan penerapan nilai akhlak mulia.

"Raut wajah ceria dan senyuman para peserta jelas menggambarkan kegembiraan mereka mengikuti setiap aktiviti yang dirancang dengan teliti.

"Pendekatan santai tetapi berteraskan tarbiah menjadikan program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi impak positif kepada perkembangan rohani dan sahsiah anak-anak," tambah kenyataan tersebut.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk melahirkan generasi Khalifah Cilik yang berilmu, berakhlak mulia dan beriman, selaras dengan aspirasi membina ummah gemilang sejak usia muda.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cuti sekolah menjadi peluang untuk anjuran program berfaedah bagi peserta
  • Program Cuti Sekolah Bermanfaat dianjurkan di Felda Bukit Cherakah dengan kerjasama Team Brilliant Khalifah dan Masjid Felda Bukit Cherakah
  • Tujuan utama adalah memperkukuh sahsiah, meningkatkan kefahaman agama dan menyediakan aktiviti sihat
  • Aktiviti yang dijalankan termasuk pengisian kerohanian, kepimpinan, permainan berkumpulan, dan nilai akhlak
  • Program diharapkan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan beriman
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp