Jining dibawa mendapatkan rawatan lanjut selepas ibu bapa mendapati kaki anaknya mereka menjadi lembik. - Agensi
Jining dibawa mendapatkan rawatan lanjut selepas ibu bapa mendapati kaki anaknya mereka menjadi lembik. - Agensi

Remaja lelaki lumpuh akibat dipaksa guru lakukan 'squat' 1,000 kali

TERJEMAHAN SINAR HARIANTERJEMAHAN SINAR HARIAN
05 Oct 2024 10:09pm

BEIJING - Seorang remaja lelaki disahkan mengidap penyakit rhabdomyolysis atau kerosakan otot sehingga mengancam nyawanya selepas dipaksa melakukan senaman 'squat' sebanyak 1,000 kali.

Ibu remaja terbabit, Lu dan tinggal di Wilayah Shandong, mendedahkan kisah tragis bagaimana anaknya, Jining (bukan nama sebenar) didenda dengan membuat senaman keras sehingga lumpuh.

Kejadian itu berlaku pada musim panas lalu, selepas anaknya mendaftarkan diri di kem yang berlangsung selama tujuh hari di mana peserta dikehendaki melakukan aktiviti fizikal.

Pada mulanya, bapa Jining menyedari sebelah kaki anaknya lembik dan semasa bertanyakan kepada penganjur, mereka menyatakan keadaan semuanya baik.

Selepas mereka pergi menjemputnya di kem, barulah ibu bapa menyedari anak lelaki berusia 13 tahun itu, sedang duduk di atas bangku dilihat tidak boleh berdiri dengan sendiri.

Semasa menyoal anak lelaki mereka, barulah kedua ibu bapa tersebut mengetahui bahawa sebelum kem, salah seorang guru telah menangkapnya atas kesalahan bercakap dengan kanak-kanak lain semasa latihan dan mendendanya melakukan 1,000 kali senaman 'squat'.

Selepas mencapai 200 kali, Jining rebah di atas tanah kerana mengalami kesakitan otot melampau.

Paling menyedihkan, guru itu tidak membantu malah menendang dan membiarkannya merebahkan diri di atas lantai sambil mengerang kesakitan.

Artikel Berkaitan:

Remaja berkenaan hanya dibantu duduk di atas bangku majlis tamat kem bermula dan pada masa sama, ibu bapa pun tiba.

Bapa remaja meminta salah seorang guru kem menemaninya ke hospital berdekatan untuk memeriksa kaki di mana dia (anak) didiagnosis menghidap ketegangan otot melampau.

Bagaimanapun, pada-hari berikutnya, remaja itu tidak boleh berjalan atau tidur pada waktu malam, jadi ibu bapa membawanya ke Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining di mana doktor mendiagnosis mengidap penyakit rhabdomyolysis.

Selepas mendapatkan rawatan selama 13 hari di Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining, Jining dibenarkan keluar, tetapi keadaan tidak pulih sepenuhnya.

Kini dia yang berusia 14 tahun, masih tidak dapat menjalani kehidupan normal dan kemungkinan besar tidak akan dapat melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Otot kakinya didapati lemah dan dia mengalami kerosakan hati serta buah pinggang. - Agensi

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp