Kejayaan Bella hari ini adalah hasil pengorbanan yang dilakukan olehnya dalam pelajaran dan sokongan ahli keluarga serta orang sekeliling.
Kejayaan Bella hari ini adalah hasil pengorbanan yang dilakukan olehnya dalam pelajaran dan sokongan ahli keluarga serta orang sekeliling.

Resipi kejayaan anak angkasawan negara

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Mar 2024 03:51pm
A
A
A

Sana sini orang bercakap mengenai kepandaian Bella dalam bidang akademik.

Kata mereka, apakah amalan yang dilakukan anak kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sehingga dia mampu merangkul kecemerlangan luar biasa dalam pelajaran.

Bella yang mendapat tiga tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat iaitu Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Genius Permata Pintar bagi kemasukan ke Tingkatan Satu tahun ini, mencetuskan tanda tanya ramai bagaimana Bella mendapat ketiga-tiga sekolah itu.

“Semua sekolah rebut Bella, apa amalan dia lakukan sampai tiga sekolah berprestij tawarkan tempat?

“Bagaimana dia belajar? Dia makan apa?

“Hebat si Bella ni. Patut dijadikan idola anak-anak pelajar zaman sekarang.”

“Mak ayah dia hebat, memang wajarlah anak mereka pun hebat juga.”

Bagi merungkai segala persoalan warga maya mengenai kehebatan Bella dalam pelajaran, Sinar Bestari kongsikan rahsia kejayaan gadis cantik ini seperti diceritakan sendiri Sheikh Muszaphar Shukor, baru-baru ini, dalam program Sembang Santai Bantu Anak-anak Ke Sekolah Impian Bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar di Fly High Education Centre, Shah Alam, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Jom hadam!

*****

Dua tahun sebelum Bella menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), saya sudah hantar dia mengikuti kelas bersemuka dan secara dalam talian di Fly High Education Centre.

Jika anda tanya saya, adakah Fly High Education Centre adalah resipi kejayaan Bella, saya katakan ‘ya’ kerana dari sini, Bella ditawarkan ke tiga sekolah berprestij iaitu TKC, KYS dan Genius Permata Pintar.

Selain pusat tuisyen ini, sudah tentu Bella juga memerlukan sokongan daripada ibu bapa dan guru untuk cemerlang dalam pelajaran.

Jadi, sokongan tidak berbelah bahagi sudah diberikan kepada Bella termasuklah usaha keras untuk berjaya dan doa berterusan yang dilakukan Bella sendiri.

Oleh itu, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru cemerlang di Flyhigh kerana banyak membantu Bella dalam pelajaran. Terima kasih banyak-banyak!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok