Akhirnya Bella memilih Genius Permata Pintar sebagai sekolah pilihannya.
Akhirnya Bella memilih Genius Permata Pintar sebagai sekolah pilihannya.

Anak Sheikh Muszaphar ke Genius Permata Pintar!

ROSHLAWATY MD RAIEH
07 Mar 2024 03:13pm
A
A
A

“Bella ke Genius Permata Pintar,” tulis Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi hantaran Instagram (IG), pada Khamis.

Menurut Sheikh Muszaphar, keputusan itu dibuat setelah berfikir dan berbincang serta solat istikharah untuk memohon petunjuk ALLAH SWT.

“What makes a great school? The teachers. The facilities. The environment. Student-Centered. Educational Leadership. High expectations of the school. Programs offered. Strong alumni network. The lists goes on.

“Banyak sekolah hebat di luar sana. Setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemerlangan prestasi, sejarah terbukti.

“After much thought, and discussion, solat istikharah. We decided to go with Genius Permata Pintar. A school that challenges her mind. Mixing with the bright. Bringing out her true potential. Choosing the right school matters. But at the end it’s the student. We hope it’s the right choice for Bella,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merakam ucapan tahniah dengan keputusan yang tepat dibuat Sheikh Muszaphar sekeluarga.

“Congrats Bella! Semoga terus sukses dunia akhirat.”

“Tahniah dik. Permata Pintar also learn biologi, fizik and kimia since Form 1 if not mistaken.”

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, setiap parents pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tq Dr for sharing and tahniah Bella!

“Follow Bella ni dari baby lagi, masa belajar swimming, how times flies, moga dipermudahkan urusan.”

“Tepat pilihan tu untuk Bella."

“Alhamdulillah. Fly high Bella. Our future Permata Negara.

“Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Semoga ALLAH memelihara Bella mendepani kehidupan yang lebih mencabar.”

Sebelum ini, Sinar Bestari pernah menyiarkan dua artikel tentang tawaran puteri sulung Sheikh Muszaphar ke beberapa sekolah berprestij.

Artikel bertajuk Anak Sheikh Muszaphar dapat TKC! dan Antara TKC, KYS dan Genius Permata Pintar, yang mana satu pilihan anak Sheikh Muszaphar?, telah mendapat sambutan dalam kalangan pembaca portal ini.

Akhir sekali, apa jua keputusan dibuat Sheikh Muszaphar sekeluarga untuk Bella, kami di Sinar Bestari sokong!

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Bella di Genius Permata Pintar nanti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok