Amirudin
Amirudin

RM26.5 juta disalurkan kepada 988 buah sekolah di Selangor

07 Jul 2023 04:58pm
A
A
A

Sebanyak RM26.5 juta disalurkan menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada 988 buah sekolah di Selangor pada tahun ini.

Inisiatif kerajaan negeri ini adalah untuk membaikpulih infrastruktur sekolah, menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran selesa bagi guru dan murid.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, secara keseluruhannya sebanyak RM260 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah di negeri itu sejak 2009.

"RM260 juta telah kita peruntukan untuk bantuan sekolah iaitu bermula 2009 sekitar RM6.4 juta dan hari ini telah meningkat menjadi RM26.5 juta.

"Peningkatan itu ditumpukan untuk membantu sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan walaupun ia di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Sebanyak enam kategori sekolah diberikan bantuan iaitu Sekolah Agama Rakyat (RM11 juta), sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan (RM1.5 juta).

Turut menerima bantuan ialah sekolah jenis kebangsaan Cina (RM6 juta), sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM5 juta), sekolah menengah persendirian Cina (RM2 juta), sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh (RM1.5 juta).

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar berkata, fasiliti dan keperluan sekolah di Selangor akan terus dilengkapi agar dapat melahirkan dan mendorong anak- anak Selangor maju sebagai generasi berwawasan dan berdaya saing.

"Mereka (juga) terlibat untuk menghantar pelajar dalam beberapa aktiviti yang bermakna kepada sekolah dan sebagainya dan permohonan itu dibuat dan kita akan adakan," tambahnya - SINAR HARIAN

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok