kementerian pendidikan malaysia kpm jabatan pendidikan negeri putrajaya
kementerian pendidikan malaysia kpm jabatan pendidikan negeri putrajaya

Rujukan buat JPN, hari ini tarikh akhir pencalonan Anugerah Guru Inovatif 2022

Rasyidah Zulkifi
07 Mar 2022 02:16pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan hari ini merupakan hari terakhir Pertandingan Anugerah Guru Inovatif 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM, Dr Kashry Ab Rani berkata beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola sayembara tersebut.

Baca juga

Cikgu Ahmad Azharulzaman terkejut! Tidak sangka inovasi ‘Mr POS Family’ terpilih untuk pembentangan di Azerbaijan

5 inovasi dalam sukan renang yang patut guru dan pelajar tahu

Menurutnya, acara berkenaan diadakan bagi melahirkan guru -guru yang mampu menghasilkan inovasi yang berkesan.

“Matlamat pertandingan ini bagi meningkatkan prestasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) murid dan profesionalisme keguruan.

“Sehubungan dengan itu, jasa baik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah dimohon untuk mengemukakan pencalonan dan bahan inovasi yang memenuhi syarat pertandingan mengikut kategori yang ditetapkan,” katanya.

Untuk individu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kumpulan dan sekolah menengah teknik atau agama atau kolej vokasional dibenarkan mengusulkan satu penyertaan bagi mewakili negeri masing-masing.

Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi kriteria seperti kesesuaian idea (30 peratus), kebolehlaksanaan (20 peratus), keberkesanan PdP (30 peratus), potensi untuk disebar luas (10 peratus) dan keberkesanan kos (10 peratus).

Selain itu, JPN perlu mengemukakan maklumat calon, pengesahan maklumat calon dan penerangan inovasi yang disertakan dengan gambar, video, carta atau persembahan grafik yang lengkap.

“Pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum atau pada tarikh 7 Mac 2022.

“Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan tidak akan dihakimi.

“Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan,” katanya.

Dalam pada itu, anugerah yang dihadiahkan kepada pemenang adalah dalam bentuk wang tunai dan sijil penghargaan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dalam hal pertandingan, boleh hubungi Amal Farid Ibrahim di talian 03-88842278 atau e-mel amal.ibrahim@moe.gov.my.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Segala urusan surat menyurat dan pencalonan anugerah mestilah dialamatkan kepada Urus Setia Anugerah Guru Inovatif, Unit Literasi Komputer, Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi, BPK KPM, Aras 4; 6-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok